Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Tertuduh yang berusia 15 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Noor Mazrinie Mahmood pada Rabu.